Bomba Limbang berusaha padam kebakaran hutan

Oleh Dean Adam

LIMBANG, Mac 23: Pasukan bomba dan penyelamat Limbang telah melakukan operasi memadam kebakaran hutan di kawasan Kampung Lubok Piasau di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Lingem berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada pukul 3.38 petang semalam.

Jelasnya, kebakaran tersebut telah mengakibatkan kira-kira seluas 23 ekar kawasan hutan terjejas.

“Tindakan operasi memadam adalah dengan menggunakan sumber air terbuka bagi memadam kebakaran tersebut.

“Anggota operasi turut mengalami kesukaran mendapat sumber air dan tindakan membuat parit dilakukan bagi memudahkan menyalurkan air,” katanya di sini hari ini.

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran hutan.
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran hutan.

Tawang menambah, pasukan bomba juga melakukan kerja-kerja merintis bagi mengelakkan kemerebakkan api ke kawasan lain.

“Maklumat tambahan mengenai operasi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” ujarnya. — DayakDaily