Lima cedera dalam kemalangan dua 4WD di Jalan Bintulu-Miri

Operasi bomba di lokasi kemalangan.
Advertisement

BATU NIAH, 8 April: Seramai lima orang dilaporkan cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Pan Borneo, Bintulu-Miri, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 5.40 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis Ford Ranger mempunyai tiga orang mangsa yang telah berlanggar dengan sebuah Toyota Hilux.

“Dua mangsa berjaya keluar dengan sendiri dan seorang lagi mangsa dikeluarkan oleh pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Manakala terdapat dua orang mangsa dari Toyota Hilux dikeluarkan oleh orang awam.

Kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Setelah selesai dan memastikan keadaan selamat, pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai,” katanya. — DayakDaily

Advertisement