LHDNM: Tarikh akhir kemuka borang nyata cukai dilanjutkan 31 Ogos

File photo for illustration purposes
Advertisement

KUCHING, 29 JUN: Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai bagi tahun tafsiran 2020 dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2021.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia susulan pelanjutan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan melibatkan beberapa kategori cukai.

“Inisiatif ini diambil sebagai kelonggaran kepada pembayar cukai dan memberikan lebih masa kepada mereka dalam menyediakan dokumen dan maklumat percukaian yang perlu diisytiharkan kepada LHDNM,” katanya.

Advertisement

Antara kategori pembayar cukai yang terlibat adalah cukai individu, perkongsian, pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu hindu.

Manakala kategori cukai syarikat, koperasi, perkongsian liabiliti terhad dan badan amanah bagi tahun tafsiran 2020 dan 2021 diberi tempoh tambahan masa 2 bulan.

“Cukai petroleum bagi tempoh perakaunan berakhir 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020 tafsiran 2020 dan bagi tempoh perakaunan berakhir 1 Januari 2021 hingga 31 Januari 2021 tafsiran 2021 turut diberi tempoh
tambahan masa 2 bulan,”katanya. — DayakDaily

Advertisement