LHDN tutup sementara 11 pejabat Cawangan termasuk Cawangan LHDN Bintulu


Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 20 Mei: Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Bintulu akan ditutup sementara bermula 17 Mei lepas sehingga ke satu tarikh yang akan di maklumkan kemudian.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, pejabat cawangan tersebut merupakan antara 11 cawangan yang ditutup sementara secara berperingkat sejak 12 Mei lepas.

Kata kenyataan itu, perlaksanaan penutupan itu bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 ditempat kerja sama ada melibatkan orang awam atau kakitangan Lembaga terbabit.


“Bagi mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19, LHDNM ingin memberikan saranan agar pelanggan melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

“Bagi pelanggan yang perlu hadir ke kaunter LHDNM, mereka dinasihatkan untuk mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, orang ramai atau pelanggan juga dinasihatkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDNM yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Senarai tersebut katanya boleh dicapai melalui pautan di sini.  — DayakDaily