Lelaki warga tempatan ditemui mati di Tudan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Royal Malaysia Police logo

MIRI, Mei 17: Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati di dalam sebuah rumah di Tudan pada pagi Selasa (16 Mei).

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan telah menerima laporan Polis pada Selasa, jam lebih kurang 11.41 pagi.

“Pemeriksaan di tempat kejadian tidak mempunyai sebarang unsul jenayah dan tiada sebarang kecederaan dijumpai pada badan si mati,”ujarnya.

Menurut Alexson, penolong pegawai perubatan dari Hospital Miri telah mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal di tempat kejadian.

Susulan penemuan itu, satu kertas siasatan mati mengejut telah dibuka bagi mengenalpasti punca kematian.

Pihak Polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini kerana ianya akan mengganggu siasatan.

Individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan insiden ini diminta untuk tampil ke balai polis yang berdekatan untuk menyalurkan maklumat. — DayakDaily