Lelaki warga emas temui ajal di premis refleksologi

Various tourism industry players will be able to apply for a special aid programme courtesy of Motac. File Photo

KUCHING, Mac 3: Seorang lelaki warga emas dilaporkan maut ketika sedang mendapatkan khidmat urut di premis refleksologi di Jalan Stutong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 72 tahun dikatakan tiba-tiba tidak sedarkan diri semasa diurut oleh pekerja refleksologi tersebut.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


Katanya, panik melihat keadaan warga emas itu tidak bernyawa, pekerja di pusat refleksologi kemudian menghubungi majikannya untuk memaklumkan kejadian tersebut.

“Majikan pekerja tersebut kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan perubatan turut ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan ke atas mangsa, sebelum mengesahkan lelaki warga emas itu meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap sama menambah, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya lagi. — DayakDaily