Lelaki warga emas hilang ditemui selamat

Kelihatan mangsa ditemui selamat.

Oleh Dean Adam

LUNDU, Feb 28: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Bengang di sini semalam ditemui selamat hari ini.

Mangsa, Tanjong Hanum, 79, dijumpai selamat oleh pasukan bomba dan penyelamat Lundu serta penduduk kampung kira-kira pukul 10.54 pagi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa ditemui di kawasan hutan berhampiran kampung berkenaan.

Jelasnya, semasa ditemui mangsa dalam keadaan lemah dan duduk di atas sebatang kayu.

“Mangsa kemudian dibawa ke pusat kawalan bomba untuk tindakan selanjutnya.

Anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Seterusnya mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan bomba dari Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (EMRS),” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan selepas mangsa dibawa ke Hospital Lundu untuk mendapatkan rawatan lanjut. — DayakDaily