Lelaki tempatan ditahan selepas disyaki memecah masuk rumah di Pujut 7B

Suspek (baju merah) ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 31 Mac: Polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan disyaki memecah masuk sebuah rumah di Pujut 7B milik seorang peguam.

Kejadian pecah rumah dilaporkan berlaku pada bulan November 13 tahun lepas.

Turut dilaporkan hilang dan dipercayai dicuri dalam kejadian, empat unit rim tayar kereta mangsa dan sebuah komputer riba.

Difahamkan, suspek berusia 27 tahun itu ditahan sekitar jam 4 petang pada Mac 29 oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) di sebuah unit quadruplex Bandar Baru Permyjaya.

Sebuah komputer riba turut ditemui semasa tangkapan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari mengesahkan penangkapan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. — DayakDaily