Seorang rentung dalam insiden kebakaran kereta di Miri

Anggota Bomba sedang berusaha memadam kebakaran.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


MIRI, 31 Mac: Mayat manusia ditemui rentung dalam insiden kebakaran kereta di Jalan Nasturium, Taman Yung Fah, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kereta tersebut dilaporkan terbakar sekitar jam 1.12 petang.

Katanya, pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri hadir di lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.


“Didapati seorang mangsa yang belum dikenalpasti identiti dan jantinanya ditemui rentung di bahagian hadapan tempat duduk pemandu kereta tersebut.

“Komander operasi melaporkan kereta yang diletakkan di tepi jalan itu telah musnah sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan. — DayakDaily