Lelaki nyaris maut, kereta dipandu hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan

Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba.
Advertisement

Oleh Dean Adam

LUNDU, Nov 30: Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan Kampung Serayan Ulu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 53 tahun tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Advertisement

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu, Joseph Diea, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.33 pagi.

Jelasnya, sepasukan lapan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

“Apabila tiba, anggota bomba mendapati sebuah kereta Proton Saga dalam keadaan terbabas di bahu jalan.

“Pemeriksaan mendapati, mangsa dalam keadaan tersepit dan mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Kelihatan sebuah kereta yang terbabas di bahu jalan.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Joseph menambah, anggota bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

Katanya, selepas berjaya mengeluarkan mangsa, anggota bomba kemudian memberikan rawatan awal kepada lelaki berkenaan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Lundu untuk mendapatkan rawatan lanjut,” jelasnya.Ā ā€” DayakDaily

Advertisement