Mahu mandi, tapi terkejut dengan kehadiran ular tedung

Anggota pertahanan awam menangkap seekor ular tedung di dalam sebuah bilik mandi.

Oleh Dean Adam

MIRI, Nov 30: Seorang wanita cemas apabila menemui seekor ular tedung di dalam sebuah bilik mandi di rumahnya di Taman Desa Seri di sini semalam.

Kehadiran reptilia berbisa itu disedari kira-kira pukul 10 malam semasa wanita berkenaan hendak mandi.


Pegawai Pertahanan Awam Miri, Kapten Hazlee Shah Abdul Hamid, berkata tiga anggota pertahanan awam diarahkan ke rumah wanita tersebut selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.02 malam.

Katanya, apabila tiba di lokasi, anggota pertahanan awam mendapati seekor ular tedung sepanjang kira-kira satu meter masih berada di dalam mandi terbabit.

“Anggota pertahanan awam kemudian melakukan operasi menangkap reptilia itu dengan menggunakan peralatan khas.

“Pada mulanya, ular tedung tersebut bertindak agresif, namun anggota pertahanan awam akhirnya berjaya menangkap reptilia itu,” katanya di sini hari ini.

Hazlee menambah, anggota pertahanan awam mengalami masa kira-kira lima minit untuk menangkap reptilia itu.

Katanya, reptilia tersebut kemudian dibawa ke pusat kawalan operasi daerah untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan,” katanya lagi. — DayakDaily