Lelaki ‘naik angin’ rosakkan harta benda dalam bilik sewa ditahan di Miri

Suspek (tiga dari kiri) ditahan sepasukan anggota dari JSJ IPD Miri untuk siasatan lanjut.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 2 Sept: Seorang pengangur bukan sahaja naik angin secara tiba-tiba dengan merosakkan harta benda bilik sewanya di Jalan Kwang Tung pada Selasa (31 Ogos), malah cermin tingkap yang dipecahkan telah menghempap sebuah kenderaan yang parkir di bangunan terbabit.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12.15 pagi itu, suspek berusia 41 tahun telah mengamuk dan merosakkan beberapa barangan di dalam bilik sewanya yang terletak di tingkat tiga bangunan itu.


Tindakan suspek memecahkan cermin tingkap bilik sewanya itu telah menyebakan serpihan kaca tersebut pecah dan jatuh sebelum menghempap kereta yang parkir berhampiran.

Kerugian dianggarkan sekitar RM1,500.

SAtu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian dan susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri telah menahan suspek di sebuah pondok tidak bernumbor pada semalam sekitar jam 1.25 petang untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. — DayakDaily