Lelaki maut dalan nahas jalan raya di Serian

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Advertisement

SERIAN, 8 April: Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Kilometer 64 Jalan Kuching-Sri Aman hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa yang berusia 66 tahun semasa kejadian menunggang motosikal.

Katanya, mangsa dikatakan melakukan pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan lalu berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua Bezza pada jam 2.15 petang.

Advertisement

“Kemalangan berlaku semasa Perodua Bezza dalam perjalanan dari arah Serian menuju ke Sri Aman.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, kereta yang dipandu seorang wanita itu telah berlanggar dengan motosikal mangsa yang pada masa itu sedang membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ekoran itu, mangsa yang berasal dari Kampung Mentung Berawan, Serian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Daerah Serian.

“Mayat mangsa telah dibawa ke hospital oleh pihak polis.

“Kenderaan yang terlibat memalangan juga telah ditahan dan disimpan di padang kawad IPD Serian untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. ā€” DayakDaily

Advertisement