Lelaki hilang menjala ikan, ditemui mati di Mukah

Mayat mangsa yang ditemui kemudian diserahkan kepada polis.
Advertisement

MUKAH, 9 Okt: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa menjala ikan di Sungai Batang Mukah, Kampung Jebungan, di sini ditemui mati hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa dijumpai oleh orang awam pada jam 1 petang tadi.

“Mayat mangsa ditemui terapung oleh orang awam kira-kira 3 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB),” katanya.

Advertisement

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditamatkan pada jam 1.07 petang.

Mangsa yang berusia 42 tahun dilaporkan hilang selepas keluar menjala kkan di sungai pada jam 9 pagi 8 Oktober lalu. — DayakDaily

Advertisement