Lelaki hilang ketika memancing selamat pulang ke kediamannya

Mangsa (duduk, Kanan) selamat pulang ke rumahnya di Kampung Bijuray, Bau

BAU, 10 Feb: Operasi Mencari dan Menyelamat seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Kampung Bijuray semalam ditamatkan hari ini selepas mangsa dilaporkan telah selamat balik ke rumahnya di kampung berkenaan

Jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, menurut maklumat daripada pihak polis, mangsa telah dihantar pulang oleh penduduk kampung Pedaun Bawah ke rumahnya sekitar jam 8.30 malam tadi.

“Sehubungan itu, kita arahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau untuk ke rumah mangsa bagi mengesahkan tentang maklumat tersebut.

” Pada masa sama, pihak polis juga menamatkan operasi SAR mangsa kira-kira jam 8.30 malam tadi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian pada 3 Februari, mangsa bersama seorang lagi rakannya dikatakan ingin pergi memancing di sungai Stat yang jaraknya lebih kurang 15km dari kampung Bijuray.

Semasa dalam perjalanan pulang, rakan mangsa tidak menyedari kehilangan mangsa selain beranggapan mangsa telah pulang ke rumahnya.

Bagaimanapun, laporan berkenaan kehilangan mangsa hanya dibuat oleh abangnya pada 6 Februari. – dayakDaily

Mangsa (duduk, Kanan) selamat pulang ke rumahnya di kampung Bijuray, Bau