Lelaki hilang di Daro ditemui selamat

Kelihatan mangsa (dua kiri) ditemui selamat kira-kira 800 meter dari kediamannya.

DARO, 19 Feb: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di kampung Lemang Pek di sini petang semalam ditemui selamat sekitar jam 5.00 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, lelaki terbabit ditemui di belakang surau kampung berkenaan yang terletak kira-kira 800 meter dari kediamannya.

Dalam kejadian semalam lelaki berkenaan dikatakan keluar dari rumah pada sebelah petang dan tidak pulang ke rumahnya.

“Tindakan pencarian telah dilakukan oleh penduduk kampung dilokasi terakhir mangsa dilihat berdekatan kawasan tanah perkuburan kampung berkenaan .

“Namun begitu kelibat mangsa masih belum ditemui sekaligus meyebabkan pelapor iaitu encik Sahmi datang sendiri ke Balai Polis Daro untuk membuat laporan orang hilang,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pencarian yang di lakukan pada sebelah pagi tadi terpaksa ditanguhkan sementara susulan keadaan cuaca hujan lebat di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun Operasi berkenaan di sambung semula pada sebelah petang dan mangsa yang berusia 35 tahun itu di temui selamat di belakang surau kampung terbabit. — DayakDaily