Lelaki hilang ketika berburu di Katibas ditemukan selamat

Mangsa yang di dalam keadaan lemah di bawa menggunakan perahu ke klinik Kesihatan Song.

KUCHING, 26 OGOS: Seorang lelaki dari Rumah Wong Nanga Malai Katibas, Song yang dilaporkan hilang ketika berburu di hutan ditemukan selamat semalam.

Mangsa, Daun Anak Pau, 48, ditemui penduduk rumah panjang sekitar jam 12.30 tengahari semalam sebelum ketibaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari Balai Bomba Song, polis dan Rela.

Mangsa yang dalam keadaan lemah serta tidak dapat berjalan kemudiannya dibawa menggunakan perahu panjang polis ke jeti Song pada jam 2.20 petang.


Setiba di jeti, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Song menggunakan ambulan.

Laporan polis mengenai kehilangan itu telah dibuat adik mangsa pada jam 6 petang dua harı yang lalu (24 Ogos).

Menurut adik mangsa, abangnya menjalankan aktiviti berburu di hutan yang jaraknya lebih kurang 1 jam perjalanan dari rumah panjang mereka pada 23 Ogos.

Pihak Bomba yang menjalanakan SAR pada hari pertama telah bergerak ke lokasi menggunakan perahu panjang milik Rela. 

Jarak perjalanan ke lokasi dianggarkan mangambil masa 9 jam menyusuri Sungai Katibas Song. — DayakDaily