755 mangsa banjir dipindahkan di tiga daerah

Anggota bomba membantu salah seorang mangsa Orang Kelainan Upaya (OKU) yang terjejas akibat banjir.

KUCHING, 19 Feb: Hujan luar bioasa sejak malam petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di tiga daerah iaitu di daerah Kuching, Samarahan dan Lundu dilanda banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, setakat jam 5.00 petrang tadi sembilan Pusat pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan seramai 755 mangsa yang terjejas banjir telah dibuka di ketiga daerah berkenaan.

“Sebanyak lima PPS telah dibuka di Samarahan yang menempatkan serami 235 mangsa, manakala 421 mangsa lagi ditempatkan di tiga PPS di daerah Kuching dan 99 mangsa lagi ditempatkan di satu PPS di daerah Lundu,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Hujan lebat sejak petang semalam itu juga turut mengakibat beberapas kawasan rendah khususnya di Kuching dan Samarahan dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakkan (PKPD) di Taman Univista, Samarahan, Kampung Sinar Budi dan Taman Desa Wira di Batu Kawa, Jalan Penrisen, Jalan Laksamana serta pusat kormersial Taman Hui Sing.

Satu batang jalan di lundu turut dilaporkan terputus dan tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaann manakla beberapa jalan utama di sekitar Kuching serta Samarahan dinaiki air menyebabkan ia sukar dilalui sekaligu menjurus kepada kesesakkan lalu lintas. -DayakDaily