Lelaki ditemui mati, disyaki terlibat kemalangan kendiri

Keadaan di lokasi kejadian ketika anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 4 Mac: Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux, disyaki terlibat kemalangan kendiri Lorong Liu Shan Bang, Kota Sentosa awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berlakunya kemalangan tersebut pada jam 2.27 pagi.

Katanya, khidmat bomba diperlukan untuk mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan tersebut.


“Komander operasi melaporkan berlaku kemalangan kendiri dan terdapat seorang mangsa berada di dalam kenderaan tersebut.

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa daripada kenderaan tersebut dan mangsa terus diserahkan kepada pihak hospital.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak hospital,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Bong Ngim Swee, 61 tahun dan merupakan warga tempatan.

Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian mangsa. — DayakDaily