Lelaki ditemui mati di Kuching

Seorang lelaki ditemui mati di hadapan sebuah kedai di Jalan Sekama, Kuching, semalam (10 Ogos 2021).

KUCHING, 11 Ogos: Seorang lelaki ditemui mati di hadapan sebuah kedai di Jalan Sekama di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam sekitar jam 8 pagi dan kemudian terus menghubungi pihak hospital.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia selepas diperiksa anggota paramedik.


Hasil siasatan polis mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun dan beralamatkan dari KMC Flat, Jalan Ban Hock.

Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat. ā€” DayakDaily