Lelaki ditemui mati di kawasan kubur di Bintangor

Mangsa ditemui mati di kawasan perkuburan di Bintangor.
Advertisement

BINTANGOR, 4 April: Seorang lelaki ditemui mati di kawasan tanah perkuburan Cina Jalan Kelupu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi berkata mayat mangsa yang dipercayai dari Sibu ditemui orang awam sekitar jam 10 pagi.

Katanya, mangsa dipercayai telah meninggal dunia sekitar 4 jam sebelum mayatnya ditemui.

Advertisement

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, turut ditemui beberapa dokumen pengenalan diri dipercayai milik mangsa di lokasi kejadian.

Jelasnya, ahli keluarga mangsa juga telah dihubungi untuk tujuan pengesahan.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi sementara pihak polis masih menjalankan siasatan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement