This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 24 Sept: Seorang lelaki ditangkap selepas ‘terkantoi’ membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya disamun pada 22 September lalu.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata suspek berusia 23 tahun itu mendakwa dirinya disamun dua individdu tidak dikenali di Jalan Bako, di sini.
Katanya, hasil siasatan polis mendapati suspek menipu gara-gara tidak dapat menganti wang milik majikannya yang digunakan untuk tujuan peribadi.
“Hasil siasatan polis mendapati suspek hanya mereka-reka cerita kerana telah wang sebanyak RM1,940 yang diamahkan oleh majikannya telah digunakanya untuk kegunaan peribadi.
“Suspek terpaksa membuat laporan palsu kerana tidak dapat membayar semula wang tersebut kepada majikannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. — DayakDaily