Lelaki ditangkap berkaitan dadah di Bau

PDRM logo.

BAU, 23 Jan: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menahan seorang lelaki berusia 23 tahun kerana didapati memiliki dadah dipercayai syabu di sebuah pondok kayu di Jalan Gua Angin sekitar jam 11.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon yang mengesahkan penangkapan itu mengatakan bahawa dadah itu dijumpai di dalam poket seluar pendek suspek.

“Dadah itu disimpan di dalam paket plastik yang dianggarkan beratnya sekitar 0.68 gram dan bernilai sekitar RM100.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata Poge.

Dia menambah bahawa polis yang sedang melakukan rondaan di daerah itu menemui suspek yang mencurigakan di pondok itu dan terus menahannya untuk pemeriksaan.

Polis, katanya, tidak menjumpai sebarang benda yang menyalahi undang-undang di pondok itu.

Dia menambah bahawa suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau dan telah terbukti positif Amphetamine dan Methamphetamine semasa saringan air kencing dilakukan. — DayakDaily