Lelaki ditahan miliki dadah 5.34 gram

Rampasan 5.34 gram dadah di di sebuah rumah di Jalan Sungai Apong.

KUCHING, SEPTEMBER 15: Seorang lelaki ditangkap di sebuah rumah di Jalan Sungai Apong di sini disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Tangkapan dibuat pada 14 September lepas dalam satu serbuan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuching sekitar jam 1.15 petang.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan, empat paket plastik lutsinar ditemui dalam saluran air tandas yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah Methamphetamine dengan anggaran berat 5.34 gram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Supt Hasnir Abdul Hamid dalam kenyataan media hari ini berkata suspek, 27, ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun tetapi tidak lebih daripada 5 tahun dan akan dikenakan hukuman sebatan tidak kurang daripada 3 sebatan tetapi tidak lebih 9 sebatan. — DayakDaily