Lelaki disyaki terlibat judi dalam talian ditangkap di Bau

Rampasan daripada suspek.

BAU, 17 Julai: Seorang lelaki ditangkap polis selepas disyaki terlibat kegiatan judi dalam talian hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata suspek berusia 31 tahun dan berasal dari Kampung Skiat Baru ditangkap di sebuah kedai serbaneka di pasar Bau sekitar jam 2.45 petang.

Katanya, tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau.


Turut dirampas daripada suspek satu unit telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.

Tangkapan dan rampasan kemudian dibawa ke IPD Bau untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda dari RM5,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun. — DayakDaily