Lelaki disyaki curi pasu bunga di Miri Times Square ditahan

PDRM logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 16 Nov: Kurang dua jam selepas dilihat melarikan sebuah pasu bunga bernilai RM280 di Miri Times Square, polis menahan seorang lelaki berhubung kejadian.

Suspek ditahan sekitar jam 3.30 pagi Selasa.

Turut dirampas, sebuah pasu bunga yang disyaki dicuri dari kawasan Miri Times Square.

Difahamkan, pasu bunga tersebut merupakan perhiasan yang diletakan di kawasan Miri Times Square.

Kejadian yang berlaku sekita jam 1.43 pagi Selasa (16 November), disedari salah seorang pengawal keselamatan kawasan tersebut melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kawasan terbabit.

Dalam rakaman tersebut, suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak melarikan pasu bunga tersebut.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian.

Bertindak daripada lapiran tersebut, polis telah menahan suspek berusia 37 tahun itu dan merampas sebuah pasu bunga dipercayai telah dicuri dari kawasan Miri Times Square.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan ada menerima laporan tangkapan tersebut. — DayakDaily