Lelaki dipercayai hilang selepas keluar ke kawasan hutan

Pasukan bomba sedang melakukan operasi SAR.

Oleh Dean Adam

LUNDU, Feb 24: Seorang lelaki dilaporkan hilang hari ini selepas dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Stom Muda di sini sejak semalam.

Mangsa, Polus Deng, 49, dikatakan keluar dari rumahnya sejak pukul 7 pagi semalam.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 8.32 pagi ini.

Katanya, sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Apabila tiba, komander operasi melaporkan maklumat dari saksi iaitu adik ipar mangsa, memaklumkan mangsa telah keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa membawa sebatang kayu menuju ke arah hutan belakang rumahnya.

“Bagaimanapun, sehingga ini mangsa dikatakan belum balik dan masih gagal dikesan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, Pos Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka untuk operasi SAR berkenaan.

“Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. — DayakDaily