Lelaki cedera di pinggang akibat ditikam dengan besi

Keadaan mangsa yang cedera akibat ditikam dengan batang besi.

KUCHING, Sept 6: Seorang lelaki cedera di bahagian pinggangnya selepasnya ditikam dengan batang besi dalam satu kejadian di Kampung Tabuan Tengah di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak selepas ditikam dengan objek berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Acp Ng Ah Lek berkata, siasatan awal mendapati sebelum itu berlakunya pergaduhan antara mangsa dengan seorang lagi lelaki.


Katanya, suspek yang menikam mangsa dengan batang besi itu kini sedang diburu polis kerana dipercayai melarikan diri selepas menikam mangsa.

“Siasatan juga mendapati suspek merupakan lelaki sekampung dengan mangsa dan nama panggilan dia ialah ‘Fendi’.

“Pihak doktor telah melakukan pembedahan ke atas suspek bagi mengeluarkan batang besi dari pinggang mangsa,” katanya di sini hari ini.

Ng menambah, buat masa ini mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

Katanya, pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenalpasti suspek.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu juga diminta tampil memberi maklumat lanjut membantu siasatan pihak polis.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sampai 10 tahun atau denda, atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut,” ujarnya. — DayakDaily