This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 8 Jun: Satu kumpulan disyaki aktif menyamun dan meragut warga emas di sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Padawan tumpas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kumpulan tersebut tumpas dengan tertangkapnya empat ahli kumpulan pada 6 Jun lalu.
Katanya, kesemua ahli kumpulan terbabit yang ditangkap merupakan warga tempatan berusia lingkungan 23 hingga 30 tahun.
“Tertumpasnya kumpulan ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 11 kes samun ragut, dua kes curi dalam bangunan dan satu kes curi motosikal.
“Turut dirampas daripada suspek adalah sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Padawan, sembilan telefon bimbit, kad bank dan 11 bilah senjata tajam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Modus operandi kumpulan ini adalah mensasarkan warga emas sebagai mangsa pada waktu awal pagi.
“Kumpulan ini bergiat aktif di Kuching, Kota Samarahan dan Padawan,” katanya.
Siasatan lanjut kes masih dijalankan. — DayakDaily