Kueh cap Pigudang di bumi Singai sehebat di bandar

Suasana menarik di Beebayut Cafe.
Advertisement

BAU, 22 Mei: Hidangan kueh cap di Beebayut Cafe di Kampung Barieng Singai sehebat masakan cina di kawasan bandar.

Mungkin kedengaran agak ganjil, tetapi itulah hakikat bahawa hidangan ini disediakan di kawasan Bidayuh.

Chef atau pemilik Beebayut Cafe ialah Bieaw Jikit atau lebih dikenali sebagai Pigudang yang merupakan penduduk Kampung Barieng.

Advertisement
Chef peramah Pigudang di Beebayut Cafe.

Beliau memulakan perniagaan sejak berpuluh tahun yang lalu, mulanya menjual barang runcit secara kecil-kecilan.

“Berbekalkan pengalaman sebagai chef di bandar, saya balik ke kampung untuk memulakan perniagaan di tanah sendiri di tepi jalan di kawasan kampung.

“Secara kecilan-kecilan, sehingga sekarang ia berkembang,” katanya ketika ditemui DayakDaily.

Tinjauan mendapati hidangan Kueh Cap oleh Pigudang adalah paling laris.

Kueh chap Pigudang di bumi Singai.

Seperti kelaziman kueh cap, ia disediakan bersama daging, perut kecil dan besar dan bahagian lain babi termasuk telur rebus.

Selain kueh cap, Pigudang juga menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti mee goreng, mee sos, mee kolok, nasi campur, nasi ayam dan sebagainya.

Beliau yang boleh dihubungi menerusi nombor telefon 017-2207537 juga menyediakan perkhidmatan catering dan karaoke.

Di waktu malam, suasana tenang dengan lagu evergreen yang dimainkan di Beebayut Cafe sudah tentu menarik perhatian setiap pelanggan.

Bagi yang pertama kali datang, hadir di sanubari ingin kembali lagi bagi menikmati suasana dan masakan Pigudang.

Beebayut Cafe dibuka setiap hari mulai jam 3 petang sehingga 12 malam (bergantung kepada pelanggan). — DayakDaily

Advertisement