KPDNHEP Kapit senaraikan 9 barang bagi SHMMP Hari Raya Puasa 2021

Pengawai Penguatkuasa KPDNHEP cawangan Kapit menjalankan pemantaun harga bagi SHMMP Hari Raya Puasa 2021 di Pasar Tani Kapit.

KAPIT, 21 Feb: Sebanyak 9 barangan disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 bagi Bahagian Kapit yang dikuatkuasakan selama sebulan bermula semalam (21 April) ini hingga 21 Mei nanti.

Ketua Pengawai Penguatkuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kapit Al Redzamani Abdul Razak berkata kesemua barangan yang disenaraikan itu mendapat permintaan tinggi daripada pengguna pada perayaan berkenaan dan harga barangan tersebut ditentukan bersesuaian dengan trend harga semasa ketika menjelang musim perayaan.

Katanya, skim tersebut wajar dilaksanakan memandangkan permintaan orang ramai terhadap barang-barang keperluan harian tertentu bagi sambutan perayaan tersebut adalah masih tinggi walaupun ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kapit.

Pada masa sama, tiada jaminan bahawa peningkatan harga tidak akan berlaku di pasaran walaupun bekalan barangan keperluan semasa adalah mencukupi.

“Pelaksanaan harga maksimum ini bertujuan untuk memastikan harga barangan terpilih adalah terkawal dengan penetapan harga siling di peringkat pasar basah dan penjaja kecil yang menjadi tumpuan pengguna berbelanja pada musim perayaan.

“Walau bagaimanapun, harga barangan kebiasaannya adalah lebih terkawal kerana model perniagaan dan persaingan yang berbeza serta tahap ā€˜economies of scaleā€™ yang lebih baik,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini

Bagi SHMMP Hari Raya Puasa di Kapit, Song dan Belaga, 9 barangan yang ditentukan harga siling di peringkat runcit adalah Ayam Hidup (RM7.90 sekilogram),Ayam Standard (RM10.90 sekilogram), Ayam Super (RM11.40), Telur Ayam Gred A (42 sen sebiji), Telur Ayam Gred B (41 sen sebiji) dan Telur Ayam Gred C (40sen sebiji), Daging Lembu Import (RM27 sekilogram), Ikan Kembung termasuk ikan mabung (RM11 sekilogram) dan Ikan Selayang yang dijual (RM9 sekilogram).

Redzamani berkata, penentuan harga barangan bagi Kapit, Song dan Belaga dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dengan turut mengambil kira faktor perubahan harga khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi harga dari negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang, peningkatan kos utiliti penternak, faktor geografi dan lojistik sesuatu kawasan.

Katanya, Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP akan pemantauan harga melalui Pegawai Pemantau Harga dari Bahagian Harga Barang Negara (BHBN) yang menjalankan pemantauan harga barangan keperluan asas di seluruh Kapit.

Jelasnya,orang ramai disaran untuk tidak membuat pembelian berlebihan yang boleh memberi tekanan kepada harga barangan di pasaran selain perlu mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka sebagai penggunan.

Justeru, beliau mengingatkan peniaga supayamengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan mereka dan tidak menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini mengikutAkta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang jika sabit kesalahan boleh didenda mahkamah sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 bagi kesalahan individu.

ā€œKesalahan sama bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,ā€ katanya.

Tambah Redzamani, kegagalan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal pula boleh didenda mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5000 bagi kesalahan individu dan denda sehingga RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000 bagi kesalahan syarikat.

Katanya, Sepanjang tempoh PKPB ini, bilik gerakan Enforcement Command Centre (ECC) KPDNHEP Kapit dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan boleh dihubungi untuk menyalurkan apa-apa aduan seperti talian 084-799678.

“Skim ini akan berjaya sekiranya semua pihak bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing,” tambahnya. ā€” DayakDaily