Kontraktor diingatkan supaya menghubungi Sarawak Energy sebelum mengorek tanah

Kerja mengorek tanah di Entinggan, Samarahan yang menyebabkan kerosakan kable bawah tanah 33 kV dan menjejaskan bekalan elektrik ke kawasan terbabit.

KUCHING, Mei 24: Sarawak Energy mengingatkan semua kontraktor di negeri ini supaya terlebih dahulu menghubungi syarikat bekalan elektrik terbabit sebelum melakukan sebarang kerja mengorek tanah bagi mengelakkannya dari merosakkan kable elektrik bawah tanah.

Cawangan Runcit dan Operasi Sarawak Energy dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat SESCO Berhad (SESCO) Lau Kim Swee, berkata demikian berikutan pada bulan ini sahaja sudah tiga kali kejadian kable terbabit dirosakan kontraktor yang melakukan kerja itu dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Kapit, Samarahan dan Kuching serta menjejaskan ribuan penghuni rumah dan perniagaan.

“Tolong hubungi Sarawak Energy bagi memastikan yang sesuatu kawasan adalah bebas dari laluan kable itu sebelum meneruskan (kerja mengorek tanah) dan lebih berhati-hati apabila menjalankan kerja mengorek terbabit. Jangan andaikan saja lokasi dan kedalaman kable bawah tanah itu, sentiasa memeriksa dahulu laluan kable itu dengan kami,” katanya dalam kenyataan medianya semalam.


Lau berkata kejadian terkini kable elektrik bawah tanah dirosakkan kerja dijalankan kontraktor pada Mei 14 lepas apabila kerja mengorek tanah ditapak pembinaan Bulatan Kipali di Petra Jaya dalam bandaraya ini telah merosakkan kable bawah tanah 11 kilovolt (kV) dan menjejaskan bekalan ke sebahagian kawasan di Petra Jaya.

“Walaupun masalah terbabit dapat diatasi dengan pantas, kerosakkan pada kable terbabit telah menyebabkan terputus bekalan ekektrik pada hari keesokkannya dan menjejaskan bekalan elektrik ke kawasan pelanggan di Semarak, SMK Petra Jaya, Taman Sri Wangi, Flat Sri Wangi dan Taman Hijrah,” katanya.

Sebelum itu pada Mei 3, kejadian serupa berlaku di Entinggan, Samarahan apabila kable bawah tanah 33 kV telah dirosakkan kerja mengorek tanah dan telah mengambil masa empat jam bagi membaiki kerosakan kable terbabit sebelum mengembalikan bekalan elektrik.

Manakala kejadian pertama bulan ini pada Mei 1 lepas di Kapit, apabila kable bawah tanah 33 kilovolt (kV) telah dirosakan jentera pengorek dan kerosakan teruk kable itu menyebabkan berulangnya terputus bekalan elektrik di kawasan berkenaan yang ada lebih 5,500 pelanggan.

“Keseluruhannya sebanyak 134 kes kable terbabit dirosakkan kerja mengorek tanah yang dijalankan pihak ketiga telah direkodkan sejak 2016, dengan jumlah kerugian terkumpulnya mencecah RM1 juta. Sarawak Energy amat bimbang mengenai berulangnya kejadian ini, walaupun kontraktor berterusan diberi peringatan supaya berhati-hati bila menjalankan kerja berhampiran pemasangan berkaitan bekalan elektrik,” katanya.

Lau berkata kontraktor boleh menghubungi pasukan teknikal Sarawak Energy di 1300-88-3111 atau email di customercare@sarawakenergy.com.my dan menambah yang kakitangan Sarawak Energy juga melawat tapak pembinaan bagi menasihatkan kontraktor dan juga mengeluarkan notis serta peringatan sebagai langkah pencegahan. — DayakDaily