Konsert Exists Resolusi ke Borneo di Kuching 27 Mei ini

Exist mempersembahkan sebuah lagu sebelum sidang media Konsert Exists Resolusi ke Borneo.
Advertisement

KUCHING, 31 Jan: Band rock Exists bakal menemui peminatnya di Sarawak menerusi Konsert Exists Resolusi ke Borneo di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan pada 27 Mei ini.

Exist membawa bersama anggota asal iaitu Ajai, Ujang, Musa dan Along termasuk vokalis Mamat bersama dua orang penyanyi jemputan iaitu Pasha dan Eiz.

Konsert adalah satu lagi tanda aras bahawa pemuzik tempatan masih punya kuasa besar dalam menakluk hati peminat.

Advertisement

“Exists Resolusi di Sarawak akan menjadi sebuah tanda aras yang baik bukan sahaja untuk kami, tetapi kepada pemuzik tempatan umumnya selepas aktiviti hiburan seperti konsert ‘terhenti sebentar kerana pandemik COVID 19.

“Tentulah Exists menjanjikan persembahan terbaik dan untaian lagu yang sangat dirindukan peminat untuk kami bawakan di Sarawak nanti.

“Tunggu kedatangan kami dan siap sedia untuk menyanyi bersama,” ujar Ajai pada sidang media di Kuching.

Sidang media tersebut telah dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan dan Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak Datuk Abdullah Saidol.

Peminat yang hadir dijanjikan satu persembahan hebat dan sama sama menyanyikan hit seperti Rahsia Pohon Cemara, Alasanmu, Mengintai Dari Tirai Kamar, Seperti Dulu dan Untukmu Ibu.

Tiket berharga RM95, RM195, RM295 dan RM450 (meet & greet) boleh didapati dengan melayari https://www.ticket2u.com.my. — DayakDaily

Advertisement