Kompaun jika tidak memakai pelitup muka di tempat awam diteruskan

File photo depicting an assortment of face masks.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 21 April: Mesej yang tular mendakwa tiada saman dikeluarkan kepada orang awam yang tidak memakai pelitup muka adalah tidak benar.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, ACP Skandaguru Ananda berkata, pemakaian pelitup muka seperti yang ditetapkan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) masih lagi berkuatkuasa dalam fasa peralihan ke fasa endemik.

Beliau memberitahu pemakaian pelitup muka di tempat awam adalah diwajibkan seperti mana SOP bertarikh 1 April 2022.


“Oleh yang demikian, PDRM masih meneruskan tindakan kompaun jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP berkenaan di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

PDRM turut menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebagai usaha bersama mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat. — DayakDaily