10 Pati tidak sempat pulang dalam cubaan bolosi sempadan negara

Pati yang ditangkap cuba balik ke negara asal melalui jalan yang tidak sah.

LUNDU, 21 April: Seramai 10 warga Indonesia ditangkap dalam cubaan mereka balik melalui jalan yang tidak sah di sebuah ladang sawit di Biawak, hari ini.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen berkata tangkapan dibuat selepas pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan passport yang telah tamat tempoh.

Katanya, semua pendatang asing tanpa izin (Pati) terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu untuk siasatan lanjut.


“Kesemua Pati tersebut ditahan bersama empat buah motosikal, wang tunai berjumlah RM 1,500, 12 buah telefon bimbit serta barangan peribadi turut dirampas dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pati yang ditangkap cuba balik ke negara asal melalui jalan yang tidak sah.

Tambahnya, Tentera Darat akan terus komited mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara.

“Kita akan memastikan tiada sebarang pencerobohan Pati mahupun sebarang bentuk jenayah rentas sempadan berlaku yang berisiko menyumbang kepada penularan wabak Covid-19,” katanya. ā€” DayakDaily