Kes polis tembak mati teman wanita dibicara di Mahkamah Tinggi

Lokasi seorang polis menembak mati teman wanita di Kampung Kakai, Serian pada Mei 21 tahun lalu.
Advertisement

KUCHING, Mac 21: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang didakwa membunuh teman wanitanya mohon kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Tertuduh, Mohammad Sohffian Abu Hassan hanya mengangguk kepala semasa pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Stephen Chung.

Mohammad Sohffian didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Advertisement

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa menembak mati teman wanitanya yang berusia 33 tahun di Kampung Kakai, Serian pada Mei 21 tahun lalu.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.15 petang.

Tertuduh yang bertugas di Belaga menembak mati mangsa sebelum melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta polis.

Sebutan semula kes itu ditetapkan pada April 4 depan.

Tertuduh kemudian ditahan reman sementara menunggu kes diselesaikan kerana kesalahan yang didakwa tidak dapat diikat jamin. — DayakDaily

Advertisement