Kes Eric: Pengasuh dan pasangan direman untuk kes bunuh bermula esok

Royal Malaysia Police logo
Advertisement

KUCHING, 15 Mac: Seorang pengasuh dan suaminya yang ditangkap berkaitan kes kehilangan Eric Chang Wei Jie, 4 tahun, akan direman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (kes bunuh).

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata proses permohonan reman akan dilakukan di Balai Polis Tabuan Jaya esok.

Katanya, kedua-dua suspek sebelum ini ditangkap bersama ibu bapa Eric untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Advertisement

“Ibu bapa Eric sudah dibebaskan dengan ikat jamin polis semalam dan pengasuh masih direman sehingga 16 Mac (esok).

“Esok pagi (pengasuh) akan direman dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tabuan (Jaya),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. — DayakDaily

Advertisement