Kerja naiktaraf selesai untuk dua sekolah daif di Kanowit

Silhouettes of workers on a construction site. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 22 Julai: Dua projek menaiktaraf sekolah daif di Kanowit telah siap dan diserahkan Pejabat Wilayah Tengah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak kepada guru besar masing-masing semalam.

Projek menaiktaraf Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ngungun yang siap telah diserahkan jurutera Pejabat Residen Christopher Donovan Durin Ajoi mewakili pejabat tersebut kepada guru besarnya Nyaie Mulai.

“Skop kerja projek sekolah itu melibatkan pembinaan dua blok bilik darjah, satu blok tandas pelajar perempuan dan lelaki, elevated water tank dan kerja-kerja luaran,” menurut Corporate Communication JKR Sarawak dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.


Christopher juga menyerahkan projek sama yang siap bagi SK Ulu Bawan kepada guru besarnya, Bundong Nibong.

Skop kerja sekolah itu melibatkan pembinaan dua blok bilik darjah, satu blok tandas pelajar perempuan dan lelaki, satu blok tempat tinggal guru, ‘elevated water tanks’ dan kerja-kerja luaran.

“Dengan siapnya projek tersebut, ianya akan memberi suasana pembelajaran yang jauh lebih baik dan kondusif kepada para pelajar dan guru,” menurut Corporate Communication JKR Sarawak. — DayakDaily