APM Miri bantu selamatkan anak kucing yang terperangkap dalam parit

Usaha menyelamat anak kucing yang terperangkap dalam parit.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 16 Ogos: Seekor anak kucing yang terjatuh ke dalam sebuah parit setinggi 12 kaki berjaya diselamatkan awal pagi tadi, berhampiran sebuah kedai makan di Riam Corner di sini.

Penemuan kucing tersebut pada mulanya disedari seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang ketika itu sedang bersarapan berhampiran lokasi kejadian.

Menurut pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) Kapten (PA) Usman Harto, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.33 pagi.

Seramai empat anggota dikerahkan ke lokasi bagi membantu mengeluarkan ank kucing tersebut dari dalam parit.

Operasi yang bermula jam 10.51 pagi itu berakhir tujuh minit kemudian. — DayakDaily