APM Miri tangkap ular sawa batik seberat 40kg

Ular sawa sepanjang 7 meter panjang dengan berat 40kg berjaya ditangkap oleh anggota APM.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 30 Julai: Seekor ular saw batik seberat 40kg berjaya ditangkap anggota Pertahanan Awam Miri (APM) malam tadi dari sebuah rumah di Krokop Lkrong 6 di sini.

Menurut Pegawai APM Miri Kapten (PA) Usman Harto, pihaknya menerina panggilan kecemasan berhubung penemuan reptilia itu pada jam 7.54 malam.


“Seramai empat enggota telah dihantar ke lokasi, dan setibanya di sini, mereka menemukan ular sawa tersebut berada di atas bim dinding rumah pengadu,” ujarnya.

Operasi menangkap ular sawa sepanjang tujuh meter itu berjaya dibuat dalam 20 minit menggunakan peralatan khas.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.37 malam. — DayakDaily