Kerana RM15, pemuda sanggup ugut bunuh bapa kandung

Suspek (tiga dari kanan) ditahan untuk tindakan lanjut.

MIRI, 19 Jun: Lagi kejadian amok, kali ini membabitkan seorang pengangur berusia 30 tahun yang tiba-tiba naik berang dengan mengugut bunuh kedua orang tuanya selepas mereka enggan memberikannya wang sebanyak RM15.

Kejadian dilaporakan telah berlaku di sebuah unit rumah panjang di Kampung Tuanku Abdul Rahman di Lambir pada awal pagi Khamis.

Pengadu yang berusia 77 tahun, bimbang akan keselamatan dirinya dan isteri, telah tampil membuat laporan polis.


Susulan laporan tersebut, anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri telah melakukan tangkap terhadap suspek di tepi Jalan Meranti 3A di Kampung Tuanku Abduk Rahman Lambir sekitar jam 2.45 petang Jumaat .

Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan ugutan jenayah.

Ketua Polis Daerah Miri ,ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan.

Kea disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. — DayakDaily