Kerajaan sedia pertimbang nasihat Agong isytihar darurat di Batu Sapi dan Sarawak

Datuk Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedia untuk mempertimbangkan untuk menasihati Yang Dipertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat di kawasan Parlimen Batu Sapi dan Sarawak berikutan pilihan raya yang akan berlansung dalam tempoh terdekat di kedua tempat tersebut.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa yang jelas untuk mengisytiharkkan proklamasi darurat di mana-mana bahagian diseluruh negara selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebagaimana semua rakyat Malaysia sedia maklum, baru-baru ini kerajaan telah memberi satu menasihat kepada Seri Paduka Yang Pipertuan Agong supaya menggunakan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara disebakan lebih daripada 20 alasan-alasan yang telah di putuskan kabinet.


“Jadi sekiranya dirasakan perlu mungkin kerajaan akan fikirkan, kalau tidak keseluruhan, sebahagian atau mana-mana bahagian daripada perlembagaan.

“Pokoknya dari segi perlembagaan, perkara (pengisytiharan darurat) itu adalah dibolehkan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, sama ada kerajaan bercadang untuk menghadap Yang Dipertuan Agong sekali lagi bagi mendapatkan pekenan pengisytiharan darurat di kawasan tertentu bagi menangguhkan proses pilihan raya kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Takiyuddin berkata, Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang tamat secara automatik pada 6 Jun tahun depan membawa kepada PRN harus diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh tersebut.

Manakala PRK Batu Sapi pula terpaksa diadakan pada 5 Disember depan selepas penyandangnya Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersedia untuk mengendalikan kedua pilihan raya terbabit jika ia merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Namun demikian dalam keadaan Covid-19 yang masih lagi melanda negara, sudah tentulah SPR perlukan kerjasama terutamanya daripda KKM dan MKN dan sekarang pihak SPR telah bersiap sedia dengan garis panduan pencegahan Covid-19 bagi menghadapi perlaksanaan pilihan raya sama ada PRU,PRN ataupun PRK,” katanya. – DayakDaily.