Kerajaan negeri berminat membiayai usaha kajian untuk menghasilkan buku mengenai Jatti Meirek

Abang Johari, membelek buku terjemahan bahasa Jattie Meirek sambil diperhatikan isterinya Juma'ani (kiri), Abdullah Rahim (kanan sekali) and Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

MIRI, Jan 14: Kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak mencadangkan menyediakan dana membiayai sepenuhnya sebarang usaha untuk melakukan kajian dalam penghasilan buku mengenai masyarakat Jatti Meirek.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mencadangkan idea tersebut di sini semalam berkata buku hasil kajian itu akan dianggap sebagai khazanah negeri yang mampu mempromosikan budaya kaum (Jatti Meirek) ke peringkat antarabangsa.

ā€œSaya mensyorkan agar persatuan Jatti Meirek membuat kajian melalui pensyarah atau pelajar universiti mengenai budaya masyarakat Jatti Meirek ini dalam menghasilkan khazanah negeri,ā€ jelas Abang Johari ketika berucap dalam satu majlis amal yang diadakan oleh Persatuan Jatti Meirek Miri di sebuah hotel di sini malam tadi.

Beliau berkata, cadangan melakukan kajian terhadap kaum Jatti Meirek dilihat sebagai usaha untuk mempertahankan budaya kaum tersebut, walaupun ia akan mengambil masa yang lama untuk dihasilkan.

ā€œSebagai contoh, perkahwinan campur etnik ini dengan kaum lain (hybrid Meirek), kita sebenarnya sudah boleh membuat kajian mengenainya,ā€ jelas Abang Johari.

Beliau juga menyatakan sokongannya dalam penghasilan ekonomi digital masyrakat Jatti Meirek kerana beliau yakin ia dapat mempromosikan budaya kaum itu ke luar negara.

Hadir sama dalam majlis malam tadi ialah Presiden Persatuan Jatti Meirek Miri, Datuk Abdullah Rahim dan isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Abang Johari turut mengumumkan sumbangan bernilai RM100,000 kepada persatuan itu untuk menerbitkan semula buku terjemahan bahasa Jatti Meirek kepada Bahasa Melayu.