Oleh Chris Bishop
KUCHING, 24 Okt: Kepelbagaian sektor ekonomi di Sarawak mewujudkan pelbagai prospek pekerjaan, kata Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah.
Katanya, peluang dalam sektor eko-pelancongan, pengurusan pusat peranginan dan pelancongan pengembaraan kian meningkat.
“Lebih-lebih lagi dengan kepelbagaian sumber Negeri seperti minyak, gas dan tenaga, permintaan terhadap golongan jurutera, saintis dan pakar lojistik terus meningkat,” katanya.
Sagah berkata demikian di majlis perasmian “Synergistic Networking Session: Industry-Institution Engagement 2023” di Kuching hari ini.
Tambah beliau, usaha kerajaan yang mengutamakan penggunaan teknologi dan inovasi membawa Negeri ini ke era digital.
Jelas beliau, ia meningkatkan permintaan terhadap pakar IT (teknologi industri), penganalisa data dan pembangun aplikasi. — DayakDaily