Kemaskini SOP benarkan program, mesyuarat dengan tidak melebihan 50% kapasiti

Mesyuarat harus tidak melebihi 50 peratus kapasiti premis atau maksimum 100 orang sahaja.

KUCHING, 29 JUN: Kemas kini Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara membenarkan taklimat atau program perkhidmatan awam dianjurkan berkuatkuasa 29 Jun.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ia tertakluk kepada SOP yang sedang berkuatkuasa dengan tidak melebihi 50 peratus kapasiti premis atau maksimum 100 orang sahaja.

Penganjur dan peserta adalah dikehendaki mematuhi SOP Protokol Kesihatan yang berkuatkuasa.

Turut dibenarkan ialah mesyuarat rasmi Kerajaan dan ia juga tertakluk kepada SOP yang sedang berkuatkuasa.

Mesyuarat harus tidak melebihi 50 peratus kapasiti premis atau maksimum 100 orang sahaja.

Menurut JPBNS, operasi perkhidmatan awam adalah tertakluk kepada Pekeliling yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak.— DayakDaily