Kebakaran musnahkan Rumah Panjang Uma Lesong di Bakun

Kejadian kebakaran yang memusnahkan Rumah Panjang Uma Lesong sepanjang 24 pintu di Sungai Batu Kelingm Bakun petang tadi (27 Mac)

BINTULU, 27 Mac: Sebuah rumah panjang Uma Lesong di Sungai Batu Keling, Bakun dilaporkan musnah dalam kebakaran lewat petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, laporan berkenaan kejadian itu diterima sekitar jam 5.00 petang tadi.


Namum begitu, beliau memberitahu bahawa kejadian itu berlaku lebih awal memandangkan terdapat kesukaran talian komunikasi di kawasan terbabit.

“Maklumat awal yang kita perolehi daripada pelapor iaitu Luhat memberitahu kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah panjang iaitu Rumah panjang Uma Lesong sepanjang 24 pintu.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Bintulu telapun bergerak ke lokasi kejadian seperti yang dilaporkan oleh pelapor berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, perjalan ke lokasi kejadian mengambil masa kira-kira tiga jam melalui laluan sungai dari Jeti Empangan Bakun.

“Ketika ini berdasarkan kepada makluman daripada pelapor mengatakan kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa,” katanya. — DayakDaily