KUCHING, 26 Jan: Jabatan Tanah dan Survei(JTS) Bahagian Miri akan menutup operasi perkhidmatan kaunter bagi Kutipan Hasil untuk sementara waktu mulai 27 Januari 2021 sehingga, 10 Februari 2021.
JTS menerusi kenyataan hari ini berkata, perkhidmatan kaunter Kutipan Hasil akan bermula beroperasi seperti biasa pada Khamis, 11 Februari 2021.
Oleh yang demikian, segala urusan berkaitan dengan urusan bayaran cukai tanah, premium tanah dan sebagainya bolehlah dibuat secara atas talian.
Menurut JTS, urusan juga boleh dibuat melalui e-Lasis dan Mobile Lasis yang boleh dimuat turun Aplikasi Google Play atau Aplication Store pada telefon pintar atau Komputer.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan perkhidmatan tersebut bolehlah berhubung di talian 082-444 111 Ibu pejabat Jabatan Tanah dan Survei Sarawak atau 085-434 935 Cawangan Pentadbiran Tanah, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri atau email ke landsurvey@sarawak.gov.my. – DayakDaily