Kapal kargo berserta muatan diesel dianggarkan bernilai cecah RM1.1 juta dirampas di Sibu

Siasatan dijalankan di atas kapal tersebut.
Advertisement

SIBU, 19 April: Sebuah kapal kargo yang membawa muatan 130,000 liter diesel disyaki cuba diseleweng ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 hari ini.

Komander PPM Wilayah 5 ACP Zulfikar Mohd Ghazali berkata anggota di bawah Op Kontraban telah menahan sebuah kapal yang mencurigakan di perairan Durin, Sungai Batang Raja sekitar jam 7.30 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan, juragan kapal iaitu seorang lelaki warga tempatan membuat pengakuan lisan membawa muatan minyak diesel kira-kira 130,000 liter.

Advertisement

“Minyak tersebut disimpan di bahagian dek kapal dan juragan tersebut juga gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen kebenaran memiliki atau menyimpan barang kawalan dari pihak KPNDHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna).

“Jurugan dan pembantunya kemudian ditahan dan kapal serta minyak diesel (RM279,500) dengan nilai keseluruhan sekitar RM1.1 juta dirampas untuk siasatan lanjut,” kata Zulfikar dalam satu kenyataan, hari ini.

Suspek dan barang rampasan kemudian diserahkan kepada Pegawai Penyiasat KPDNHEP Bahagian Sibu untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. — DayakDaily

Advertisement