Sikie saksi MoU antara syarikat tempatan dan syarikat China

Sikie (tengah) di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Telbina Technology Sdn Bhd dan CSCEC Strait Construction And Development Co Ltd.

KUCHING, 19 April: Menteri di Pejabat Premier Datuk John Sikie Tayai hari ini menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Telbina Technology Sdn Bhd dan CSCEC Strait Construction And Development co. LTD.

MoU tersebut merupakan satu kerjasama di antara kedua-dua syarikat untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai projek pembangunan infrastruktur di negeri ini.

Menurut Pengerusi Telbina Technology Sdn Bhd Dato Rahman Lariwoo, kerjasama bersama syarikat dari China itu juga bakal membawa kepakaran dan teknologi pembinaan ke Sarawak.


“Ia juga membantu mempercepatkan semua projek infrastruktur di negeri ini.

“Kerjasama ini juga bersedia untuk mengambil alih tugas menyiapkan projek yang dalam kategori projek sakit,” katanya ketika ditemui.

Hadir sama Pengarah Eksekutif CSCEC Strait Construction And Development Co Ltd Jiang Yin Gui. — DayakDaily