Oleh Brad Rantayy
MIRI, 6 Julai: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan yang terperangkap dalam kereta di Jalan Perisai 3, Taman Jelita, Taman Tunku di sini diselamatkan bomba, petang tadi.
Menurut, Pemangku Zon 6 Bomba Miri Ahmad Nizam Sapaiee berkata, tujuh anggotanya bergegas ke lokasi sejurus sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.40 petang.
Setibanya di lokasi, anggota menggunakan peralatan khas bagi membuka kunci pintu kenderaan tersebut.
Mangsa berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pihak keluarga untuk tindakan selanjutnya.
Ketika kejadian kereta berada di dalam kawasan parkir rumah berkenaan.
Operasi menyelanat selesai kurang 30 minit. — DayakDaily